Topik diikuti
Pergi ke BHku1,402 flat berdaya pintar pertama siap hujung tahun
Perkakas elektrik di flat BTO di Northshore Residences I dan II di Punggol boleh dikendali melalui aplikasi mudah alih
1,402 flat berdaya pintar pertama siap hujung tahun
LEBIH 1,400 keluarga akan menjadi yang pertama tinggal di flat berdaya pintar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Punggol Northshore menjelang hujung tahun ini.
Terletak di dua projek Bina Ikut Tempahan (BTO) - Northshore Residences I dan II - flat-flat itu dilengkapi keperluan rumah bijak, iaitu soket kuasa pintar dan papan elektrik berteknologi tinggi.
