$144j wang Medifund diguna 1.1j pesakit tahun lalu - kurang berbanding 2015
Premium
$144j wang Medifund diguna 1.1j pesakit tahun lalu - kurang berbanding 2015
Nov 28, 2017 | 5:30 AM

-
DANA endowmen perubatan Medifund telah mengeluarkan sejumlah $143.9 juta untuk membantu melunaskan bil 1,136,413 pesakit yang memerlukan bantuan, mengikut laporan tahun kewangan (FY) 2016.
Jumlah itu berkurangan berbanding FY2015 iaitu $155.2 juta, sebahagiannya kerana pengenalan MediShield Life, skim insurans yang dikenalkan pada November 2015 yang menyediakan rakyat Singapura perlindungan lebih baik untuk perubatan.

