147 kes jangkitan Covid-19 semalam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

147 kes jangkitan Covid-19 semalam

Aug 31, 2021 | 5:30 AM

147 kes jangkitan Covid-19 semalam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
f8abc794-380d-4506-9476-2f58622b4f64
-

SEBANYAK 147 kes jangkitan Covid-19 dilaporkan dalam masyarakat semalam.

Ini merupakan jumlah jangkitan dalam masyarakat tertinggi sejak 22 Julai.

Sebanyak 53 daripada jumlah kes itu mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya yang sudah dikenakan perintah kuarantin, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Sebanyak 42 kes berkait tidak dikenakan perintah kuarantin semasa disahkan positif.

Ini termasuk seorang warga emas berusia lebih 70 tahun s yang belum melengkapkan vaksinasi Covid-19 dan menghadapi risiko sakit teruk.

Baki 52 kes mempunyai kaitan dengan kes sebelumnya.

Sementara itu, lapan kes import dilaporkan.

Tiga daripada kes-kes ini dikesan sebaik tiba di Singapura, sementara lima daripadanya jatuh sakit semasa menjalani arahan jangan keluar rumah (SHN) atau semasa tempoh pengasingan.

Secara keseluruhan sebanyak 155 kes jangkitan dilaporkan di Singapura semalam, menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan di sini sebanyak 67,459.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg