Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

15 majlis bandaran PAP akan kitar tinggi alat MRT untuk kemudahan estet

Jul 17, 2022 | 1:54 PM
CUKUP UNIK: Tempat duduk MRT dengan paparan seni masyarakat di 346 Woodlands Avenue 5.
CUKUP UNIK: Tempat duduk MRT dengan paparan seni masyarakat di 346 Woodlands Avenue 5. - Foto: HAKIM YUSOF

BAGI membina kediaman yang lebih mampan di Singapura, 15 Majlis Bandaran Parti Tindakan Rakyat (PAP) akan mengitar tinggi bahagian-bahagian dari kereta api MRT dan menggunakannya semula untuk dimanfaatkan bagi memperbaiki kawasan kejiranan kehidupan penduduk di samping mengurangkan sisa buangan.

Ini adalah sebahagian daripada insiatif Action for Green Towns (Agt) untuk meningkatkan amalan kemampanan dalam masyarakat, selaras dengan Rancangan Hijau Singapura 2030.

Menjelang 2025, 15 majlis bandaran itu akan mengguna semula sekurang-kurangnya 1,500 tempat duduk, 600 penutup interkom, 300 penutup lampu-lampu LED dan 1,400 selusur daripada kereta api MRT.

Inisiatif ini akan menyelamatkan sekitar 14,400 kg bahan daripada dibuang ke tapak pelupusan di Semakau kerana tempat duduk dan penutup kereta api diperbuat daripada polimer bertetulang gentian (fibre reinforced polymer) dan tidak mudah dikitar semula.

Menjelaskan inisiatif itu di acara pelancaran inisiatif di Woodlands Drive pagi tadi, Pengerusi Pasukan Bertindak Agt, Dr Wan Rizal berkata:

"Kerjasama dengan LTA ini merupakan satu lagi inisiatif yang menguntungkan dalam usaha kami ke arah bandar sifar sisa sedang kami menggunakan semula alat-alat kereta api ini menjadi kemudahan yang berguna di estet-estet kami".

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg