Topik diikuti
Pergi ke BHku150,000 warga di flat satu dan dua bilik bakal terima baucar barangan rumah
Oct 10, 2020 | 1:51 PM
150,000 warga di flat satu dan dua bilik bakal terima baucar barangan rumah
SERAMAI 150,000 warga Singapura yang tinggal di flat HDB satu dan dua bilik bakal menerima baucar barangan rumah pada akhir Oktober. Mereka juga akan menerima baucar barangan rumah bernilai $150 Disember tahun ini, dan satu lagi baucar bernilai $100 pada Oktober 2021, menurut Kementerian Kewangan (MOF) Sabtu (10 Oktober). Pengagihan baucar pertama sudah bermula sejak 1 Oktober, dan baucar tersebut akan dihantar ke alamat rumah semua penerima. Baucar barangan rumah ini merupakan sebahagian daripada pakej Prihatin dan Sokongan Covid-19 yang diumumkan pertama kali Februari lalu.