156 kes Covid-19 dalam masyarakat - 79 tiada kaitan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

156 kes Covid-19 dalam masyarakat - 79 tiada kaitan

Sep 1, 2021 | 5:30 AM

156 kes Covid-19 dalam masyarakat - 79 tiada kaitan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
2037747d-1ff8-46ad-a303-04e4341479e9
-

SEBANYAK 156 kes masyarakat dilaporkan semalam, dengan 48 daripadanya mempunyai kaitan dengan kes sebelum ini dan sudah dikenakan perintah kuarantin.

29 kes lain dikesan melalui pemantauan sementara baki 79 tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kes sebelumnya, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).

Ini termasuk dua kes melibatkan warga emas berusia 70 tahun ke atas yang belum melengkapkan vaksinasi Covid-19 dan menghadapi risiko sakit teruk.

Sementara itu, lima kes import dikesan dan dikenakan arahan jangan keluar rumah (SHN) atau pengasingan sebaik tiba di Singapura.

Tiga kes dikesan sebaik tiba di Singapura sementara dua lagi jatuh sakit semasa menjalani SHN atau semasa tempoh pengasingan.

Secara keseluruhan, sebanyak 161 kes Covid-19 dilaporkan di sini semalam, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura sebanyak 67,620.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg