Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

16 kapten, staf pusat tukaran bas Bishan, Sengkang sah Covid-19

Aug 16, 2021 | 5:30 AM
b7354853-e575-4b74-971e-10b985b49b3e
-

SERAMAI sembilan kapten bas di pusat pertukaran bas Bishan dan lima kapten bas serta dua kakitangan di pusat pertukaran bas Sengkang disahkan positif Covid-19 baru-baru ini.

Kesemua mereka telah menerima vaksin Covid-19 dan tidak menunjukkan simptom atau menunjukkan simptom ringan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dalam satu kenyataannya kelmarin.

"Kebanyakan kes itu dikesan awal melalui Ujian Pantas Antigen (ART) oleh SBST (SBS Transit). MOH (Kementerian Kesihatan) telah memudahkan ujian pemantauan masyarakat tambahan bagi semua kakitangan dan kontraktor yang berada di pusat pertukaran itu baru-baru ini," kata LTA.

Ia menambah bahawa kes positif itu tidak menjejas operasi bas di kedua-dua pusat pertukaran bas.

Kerja pembersihan dan penyahjangkitan juga telah dijalankan di kedua-dua lokasi dan bas terjejas.

"SBST akan meningkatkan rejim ART yang ia jalankan di kedua-dua pusat pertukaran bas, dan mengekalkan pembersihan dan penyahjangkitan yang dipertingkat," kata LTA.

Kelmarin, MOH mengumumkan kelompok baru Covid-19 di pusat pertukaran bas Bishan mempunyai sembilan kes dan kelompok baru di pusat pertukaran bas Sengkang mempunyai 13 kes.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg