16 pusat ujian pantas Covid-19 didirikan, 4 lagi akan disediakan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

16 pusat ujian pantas Covid-19 didirikan, 4 lagi akan disediakan

Jul 26, 2021 | 5:30 AM

16 pusat ujian pantas Covid-19 didirikan, 4 lagi akan disediakan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PUSAT UJIAN PANTAS: Orang ramai menunggu giliran mereka untuk ujian pantas Covid-19 di pusat Yishun Central awal minggu ini.- Foto fail ST
PUSAT UJIAN PANTAS: Orang ramai menunggu giliran mereka untuk ujian pantas Covid-19 di pusat Yishun Central awal minggu ini.- Foto fail ST -

SEBANYAK 16 pusat ujian pantas Covid-19 telah didirikan sejak kali pertama diumumkan sekitar sebulan lalu, dan empat lagi sedang dibangunkan sedang Singapura terus meningkatkan keupayaan ujiannya untuk mengekang penularan koronavirus.

Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) - agensi kebangsaan yang menyokong ujian Covid-19 - menyatakan setiap pusat itu mempunyai keupayaan ujian harian antara 400 dengan 1,000, bergantung pada saiz masing-masing.

Ini bermakna sekurang-kurangnya 6,400 ujian boleh dilakukan di pusat-pusat ini setiap hari.

HPB mengatakan antara 21 Jun dengan Rabu lalu, kira-kira 13,900 ujian telah dijalankan di 16 pusat itu.

Mereka terletak antaranya di Ang Mo Kio, Bishan, Hougang, Jurong West dan Pasir Ris.

"Kami merancang mendirikan 20 pusat ujian pantas di seluruh pulau, untuk memudahkan pekerja di sektor yang dikenalpasti untuk menjalani ujian," kata HPB kepada The Straits Times (ST).

20 pusat itu termasuk 16 yang sudah didirikan.

HPB menyatakan demikian sebagai menjawab pertanyaan daripada ST mengenai tender yang diajukannya di portal pemerolehan pemerintah GeBiz pada 23 Jun lalu untuk mencari penyedia khidmat untuk menubuhkan pusat ujian pantas itu.

Lembaga itu memberi tender kepada dua firma penjagaan kesihatan swasta, kumpulan Minmed dan iGene Laboratory pada Khamis lalu.

Ditanya mengenai bagaimana lokasi untuk mendirikan pusat ujian pantas dipilih, HPB mengatakan pihaknya menimbangkan kesesuaian dan ketersediaan tapak dan ia bekerjasama dengan pelbagai kementerian, agensi dan pemilik tapak untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai.

"Tapak ini juga mesti mempunyai ruang untuk digunakan bagi ujian dan cukup besar untuk menerapkan semua langkah pengendalian jangkitan ketat bagi melindungi mereka yang diuji dan pekerja di pusat itu," jelas HPB.

Di pusat ujian pantas itu, yang dilancarkan pada 21 Jun lalu, pekerja dalam sekitaran berisiko tinggi dapat menjalani ujian pantas dan mudah (FET) yang harus mereka lakukan setiap tempoh 14 hari.

Ujian itu menjadi wajib bagi pekerja dalam situasi berisiko tinggi mulai 15 Julai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg