Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

160 keluarga memerlukan di Bukit Batok terima habuan Ramadan

Apr 11, 2021 | 9:11 PM
AGIH HABUAN RAMADAN: Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai (kanan) dan Setiausaha Besar Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim (sebelah Encik Murali),  mengagihkan Habuan Ramadan di Hab Sukan Bukit Batok pada Ahad (11 April).
AGIH HABUAN RAMADAN: Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai (kanan) dan Setiausaha Besar Persatuan Muhammadiyah, Cik Roszanah Abdul Salim (sebelah Encik Murali),  mengagihkan Habuan Ramadan di Hab Sukan Bukit Batok pada Ahad (11 April). - . - Foto FACEBOOK BUKIT BATOK, OUR HOME

SERAMAI 160 keluarga berpendapatan rendah di Bukit Batok menerima habuan dalam bentuk baucar pasar raya, beras dan kurma sedang mereka bersiap sedia untuk menyambut Ramadan yang bakal bermula malam Isnin (12 April).

Pengagihan Habuan Ramadan itu dianjurkan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat (CC) Bukit Batok dengan kerjasama Persatuan Muhammadiyah di Hab Sukan Bukit Batok pada Ahad (11 April).

Acara itu dihadiri Anggota Parlimen SMC Bukit Batok, Encik Murali Pillai, dengan langkah pengurusan selamat, menurut kenyataan Pejabat Kawasan Undi Bukit Batok.

MAEC itu telah memberikan baucar NTUC bernilai $50, paket beras seberat 5 kilogram dan kurma ajwa, manakala Persatuan Muhammadiyah pula menaja baucar Sheng Siong bernilai $25, bagi setiap keluarga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg