Topik diikuti
Pergi ke BHku16,000 pekerja belum jalani ujian rutin Covid-19 jelang 5 Sep
16,000 pekerja belum jalani ujian rutin Covid-19 jelang 5 Sep
SEKITAR 16,000 pekerja yang perlu menjalani ujian rutin untuk Covid-19 menjelang Sabtu (5 September) belum dijadualkan untuk melakukannya oleh majikan mereka.
Kecuali mereka diuji pada tarikh tersebut, pekerja itu tidak akan dibenarkan kembali bekerja, kata pihak berkuasa dalam satu kenyataan bersama pada Jumaat (4 September).
Keperluan menjalani ujian rutin yang dijadualkan itu kali pertama diumumkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Lembaga Kemajuan Ekonomi (EDB) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) bulan lalu.
"Kami sekali lagi mengingatkan majikan pekerja ini agar menjadualkan slot janji temu dengan segera bagi pekerja mereka di Sistem Pendaftaran Swab (SRS) HPB bagi mengelakkan gangguan pada operasi perniagaan mereka," kata kenyataan tersebut.