Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

165 langgar peraturan Covid-19 dalam separuh pertama cuti sekolah

Mar 19, 2021 | 9:30 PM
Berkhemah dan barbeku di taman dan pantai telah dibenarkan sejak dibuka semula Januari lalu, tetapi memerlukan permit.
Berkhemah dan barbeku di taman dan pantai telah dibenarkan sejak dibuka semula Januari lalu, tetapi memerlukan permit. - KEVIN LIM

PIHAK berkuasa telah menahan 165 orang yang didapati melanggar peraturan Covid-19 di taman dan pantai dalam separuh pertama cuti sekolah. Denda dan amaran bertulis diberikan di atas pelanggaran langkah pengurusan selamat antara Sabtu lalu (13 Mac) dengan Rabu (17 Mac). Pengarah kumpulan taman di Lembaga Taman Negara (NParks), Cik Sophianne Araib, berkata lebih ramai orang telah mengunjungi ruang hijau sejak bermulanya pandemik ini. "Kakitangan meronda taman-taman kami secara berkala sebagai sebahagian daripada pekerjaan harian mereka, termasuk melakukan pemeriksaan mengejut di tapak perkhemahan dan barbeku," katanya, menurut The Straits Times. "Bersama dengan duta jarak selamat lain yang dikerahkan, mereka akan menasihati pengunjung taman agar mematuhi jarak selamat dan memastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi di tempat-tempat ini. Kebanyakan pengunjung bekerjasama apabila dinasihatkan agar mematuhi langkah-langkah tersebut." Berkhemah dan barbeku di taman dan pantai telah dibenarkan sejak dibuka semula Januari lalu, tetapi memerlukan permit. Khemah juga mesti berjarak sekurang-kurangnya 5 meter. Bilangan orang yang berkhemah dalam satu kumpulan dihadkan ke enam, manakala tidak lebih daripada lapan orang boleh menghadiri barbeku.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg