Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

166 disiasat disyaki terlibat dalam pinjaman haram

Polis: Seorang suspek beri maklumat palsu sebabkan orang tidak bersalah diganggu
Jul 28, 2021 | 5:30 AM
GANGGU ORANG BERHUTANG: Menurut polis, siasatan awal menunjukkan 15 daripada 166 suspek telah melakukan gangguan di rumah orang berhutang. - Foto fail
GANGGU ORANG BERHUTANG: Menurut polis, siasatan awal menunjukkan 15 daripada 166 suspek telah melakukan gangguan di rumah orang berhutang. - Foto fail -

SERAMAI 166 suspek sedang disiasat kerana disyaki terlibat dalam kegiatan pemiutang haram. Ini termasuk seorang yang memberi maklumat palsu dan menyebabkan orang lain yang tidak bersalah diganggu.

Dalam satu kenyataan kelmarin, polis berkata semua suspek itu berusia antara 15 tahun dengan 69 tahun dan ditangkap semasa operasi sepanjang dua minggu ke atas kegiatan pemiutan haram antara 12 dengan 25 Julai.

Pegawai daripada Jabatan Siasatan Jenayah (CID) dan tujuh divisyen darat polis menjalankan serbuan serentak di serata negara dan menangkap suspek.

Menurut polis, siasatan awal menunjukkan 15 daripada 166 suspek itu telah melakukan gangguan di rumah orang berhutang.

Lagi 28 disyaki menjadi runner, atau penolong, yang membantu pemiutang haram melakukan pemindahan wang menggunakan mesin wang automatik (ATM)

Seorang suspek pula disyaki memberi maklumat hubungan salah yang menyebabkan seorang mangsa tidak bersalah diganggu dirumahnya.

Seorang lagi suspek dipercayai menjalankan perniagaan pemiutang haram dalam talian, dengan memberi pinjaman kepada beberapa peminjam di sini.

Lagi 121 suspek disyaki membuka akaun bank dan menyediakan kad ATM, nombor pengenalan peribadi (PIN) atau token perbankan Internet kepada pemiutang wang tidak berlesen untuk menjalankan perniagaan masing-masing.

Di bawah Akta Pemiutang, seseorang yang membenarkan akaun bank, kad ATM atau token perbankan Internet digunakan oleh pemiutang haram untuk menjalankan kegiatan itu dianggap telah menolong dalam perniagaan pemiutang tanpa lesen itu.

Pesalah kali pertama yang didapati bersalah menolong dalam perniagaan pemiutang tanpa lesen boleh dikenakan hukuman penjara hingga empat tahun, denda antara $30,000 dengan $300,000 dan rotan hingga enam kali.

Pesalah kali pertama yang didapati bersalah melakukan atau cuba melakukan perbuatan mengganggu bagi pihak pemiutang tidak berlesen boleh dikenakan hukuman penjara hingga lima tahun, denda antara $5,000 dengan $50,000 dan sebat antara tiga dengan enam kali.

Polis berkata pemiutang tidak berlesen sekarang semakin menggunakan pesanan teks atau platform dalam talian untuk menghantar tanpa diminta iklan berhubung khidmat pinjaman.

Ia mengingatkan orang ramai supaya jangan memberi respons kepada iklan sedemikian dan melaporkannya sebagai spam atau mesej tidak berguna.

Orang ramai boleh menghubungi polis menerusi nombor telefon 999 atau talian X-Ah Long di 1800-924-5664 jika mereka mengesyaki atau tahu sesiapa yang mungkin terlibat dalam kegiatan pemiutang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg