Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

17 anggota kongsi gelap ditangkap semasa polis serbu kelab malam

Sep 16, 2021 | 10:51 PM
Beer Belly Lok Lok Bar didapati melanggar peraturan pengurusan selamat. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA
Beer Belly Lok Lok Bar didapati melanggar peraturan pengurusan selamat. - Foto PASUKAN POLIS SINGAPURA -

POLIS telah menangkap 17 lelaki yang disyaki anggota kongsi gelap semasa serbuan ke atas kelab-kelab malam di seluruh negara sepanjang empat minggu lalu.

Lelaki-lelaki itu yang berusia antara 15 dengan 57 tahun merupakan antara 543 orang yang disoal polis semasa satu siri operasi yang dilakukan ke atas pertubuhan-pertubuhan kelab malam antara 10 Ogos dengan 12 September, menurut kenyataan polis.

Empat cawangan makanan dan minuman - Beer Belly Lok Lok Bar, Chips Café and Pub, Ocean Star Bar & Grill dan Oh My Bistro - juga didapati melanggar langkah pengurusan selamat, lapor The Straits Times.

Operasi itu dijalankan pegawai polis termasuk daripada Cawangan Kongsi Gelap Jabatan Siasatan Jenayah, serta pegawai jarak selamat daripada beberapa agensi pemerintah.

Siasatan masih dijalankan ke atas 17 lelaki tersebut.

"Polis mempunyai toleransi sifar terhadap aktiviti kongsi gelap dan tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk menggunakan Undang-Undang Jenayah (Peruntukan Sementara) yang memperuntukkan penahanan tanpa perbicaraan, terhadap sesiapa yang terlibat dalam kongsi gelap dan kegiatan jenayah yang mengancam keselamatan, keamanan dan ketenteraman awam," tegas polis dalam kenyataannya.

Sesiapa yang didapati bersalah menjadi anggota kumpulan haram boleh didenda sehingga $50,000, dipenjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg