Topik diikuti
Pergi ke BHku17 kes dera terhadap pegawai SCDF dilaporkan setakat 2026
17 kes dera terhadap pegawai SCDF dilaporkan setakat 2026
17 kes dera terhadap pegawai SCDF dilaporkan setakat 2026
Terdapat 17 kes penderaan pegawai daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) setakat 2026.
SCDF mengingatkan orang ramai bahawa tindakan sedemikian boleh menghalang pegawainya daripada menjalankan tugas mereka.
Kes tersebut merupakan sebahagian daripada kira-kira 120 kes penderaan yang dialami oleh pegawai SCDF semasa bertugas sepanjang tiga tahun yang lalu.
Dalam satu kejadian, seorang individu memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata lucah terhadap seorang paramedik wanita yang sedang memberikan bantuan perubatan, menurut SCDF dalam hantaran Facebook pada 26 Jun.
Walaupun beberapa kali cubaan dibuat untuk menenangkan individu tersebut, gangguan kasar secara lisan terus berlaku, tambah SCDF.
Individu berkenaan telah dijatuhi hukuman penjara selama 11 minggu pada April lalu.
Pada 2025, SCDF menerima dan menangani kira-kira 700 panggilan kecemasan setiap hari.
Pasukan itu berkata: “Setiap panggilan kecemasan amat penting bagi kami dan kami akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.
“Namun begitu, penderaan fizikal mahupun lisan menghalang pegawai bertugas daripada menjalankan tugas mereka.”
Dalam hantaran itu, SCDF menegaskan bahawa mereka tidak akan bertolak ansur dengan sebarang bentuk penderaan terhadap pegawainya semasa bertugas dan akan membuat laporan polis jika perkara itu berlaku.
SCDF turut menambah: “Sokonglah pegawai kami ketika mereka melaksanakan tugas melindungi serta menyelamatkan nyawa dan harta benda.”
Mereka yang didapati bersalah kerana sengaja mencederakan penjawat awam dan menghalangnya daripada menjalankan tugas boleh dipenjara sehingga tujuh tahun, selain didenda atau disebat.
