Topic followed successfully
Go to BHku17 penghuni dormitori Westlite Woodlands positif Covid-19, ratusan lain dipindah ke ruang kuarantin
17 penghuni dormitori Westlite Woodlands positif Covid-19, ratusan lain dipindah ke ruang kuarantin
17 penghuni dormitori Westlite Woodlands positif Covid-19, ratusan lain dipindah ke ruang kuarantin
KEMENTERIAN Kesihatan (MOH) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) telah memulakan operasi ujian khas Covid-19 buat penduduk Dormitori Westlite Woodlands di 2 Woodlands Sector 2.
Sejauh ini, 17 pekerja yang sudah pulih daripada koronavirus didapati positif Covid-19, jelas MOH dalam kenyataannya pada Khamis (22 April).
Mereka dikesan sebagai sebahagian operasi ujian khas di dormitori yang dikendalikan selepas warga Bangladesh berusia 35 tahun yang menetap di dormitori itu dikenal pasti mempunyai virus tersebut pada Selasa.
Bersama panel pakar yang terdiri daripada pakar penyakit berjangkit dan mikrobiologi, MOH sedang menyiasat jika kes ini merupakan jangkitan semula.
Kes-kes ini sudah diasingkan dan dibawa ke Pusat Nasional Bagi Penyakit Berjangkit (NCID).
Sementara itu, ratusan pekerja asing yang menetap di dormitori Westlite Woodlands telah dipindahkan dan dikuarantin pada Khamis selepas lebih banyak kes dikesan di dormitori tersebut.
Salah satu tempat kuarantin ialah Quality Hotel Marlow di Balestier Road, lapor akhbar The Straits Times. Hotel dengan 24o bilik itu disenaraikan dalam talian sebagai tutup buat sementara waktu.
Sekitar 15 bas pula tiba di dormitori itu pada waktu pagi bagi memindahkan pekerja.

