Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

17 suspek ditangkap, majoriti sebab mencuri Baucar Barang Dapur

Oct 17, 2020 | 7:59 PM
Penangkapan ini adalah yang terkini berkaitan dengan baucar barang dapur yang dicuri dari peti surat blok HDB di merata negara.
Penangkapan ini adalah yang terkini berkaitan dengan baucar barang dapur yang dicuri dari peti surat blok HDB di merata negara. - LIANHE WANBAO, SINGAPORE POLICE FORCE/FACEBOOK

Lagi 17 orang ditangkap kerana disyaki terlibat dalam mencuri, menyalah gunakan atau membuang Baucar Barang Dapur Belanjawan 2020.

Siasatan awal menunjukkan kes-kes itu tidak berkaitan dan bersifat mengambil kesempatan, kata polis pada lewat Jumaat malam (16 Oktober).

Lapan lelaki dan enam wanita berusia di antara 16 dengan 67 tahun adalah antara mereka yang dipercayai mencuri baucar itu dari peti surat di blok-blok flat HDB di merata negara.

Lokasinya termasuk blok perumahan di Maude Road dan Kitchener Road di Jalan Besar, Lengkok Bahru di Redhill, Lower Delta Road dan Lorong 1 Toa Payoh.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg