Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

18 dikejar ke hospital lepas kemalangan libatkan 2 lori, lori jongket di AYE

Jul 4, 2024 | 4:04 PM
Polis dan SCDF menyatakan mereka dimaklumkan mengenai satu kemalangan di AYE menghala Ekspreswe Pantai Marina (MCE) sebelum susur keluar Benoi Road pada pagi 4 Julai.
Polis dan SCDF menyatakan mereka dimaklumkan mengenai satu kemalangan di AYE menghala Ekspreswe Pantai Marina (MCE) sebelum susur keluar Benoi Road pada pagi 4 Julai. - Foto TANGKAP LAYAR SINGAPORE ROADS ACCIDENT.COM / FACEBOOK

Seramai 18 orang dikejarkan ke hospital selepas satu kemalangan melibatkan dua lori dan sebuah lori jongket di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada pagi 4 Julai.

Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan mengenai satu kemalangan di AYE menghala Ekspreswe Pantai Marina (MCE) sebelum susur keluar Benoi Road pada 6.35 pagi.

Satu video selepas kemalangan itu yang tular di Facebook menunjukkan sebuah lori jongket dan dua lori di belakangnya di lorong paling kanan ekspreswe tersebut.

Beberapa serpihan kelihatan di hadapan salah sebuah lori itu.

Sebuah kereta polis, dua ambulans dan trak bomba turut kelihatan di lokasi kejadian, lapor The Straits Times (ST).

Seorang pemandu lori lelaki berusia 43 tahun dan 17 penumpang lelaki berusia antara 19 dengan 47 tahun, yang menaiki kededua lori itu, dikejarkan ke hospital dalam keadaan sedar, menurut polis.

SCDF berkata seramai 10 penumpang tersebut dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong (NTFGH) dan lapan lagi dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH).

Siasatan polis masih dijalankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg