Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

180 orang dipindahkan dek kebakaran kondo di Hougang

Jan 26, 2020 | 5:27 PM
Sisa kebakaran di Blok 5 Buangkok Green pada 26 Januari 2020. FOTO: SCDF
Sisa kebakaran di Blok 5 Buangkok Green pada 26 Januari 2020. FOTO: SCDF -

SATU kebakaran berlaku di sebuah unit di kondominium di Hougang awal pagi tadi (Ahad, 26 Jan).

Kebakaran itu berlaku di sebuah unit di Blok 5 Buangkok Green dan sekitar 180 penduduk dengan sendirinya meninggalkan kawasan tersebut sebelum pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba.

SCDF menambah bahawa dua orang diperiksa paramedik akibat kelecuran luaran dan kesukaran bernafas. Kedua-dua mereka tidak mahu dibawa ke hospital.

Dalam satu pos di Facebook, SCDF berkata ia diberitahu tentang kebakaran tersebut pada 5.50 pagi dan siasatan awal mendapati kebakaran itu berpunca daripada sebuah bilik di mana bateri basikal elektrik sedang dicas.

Kebakaran dipadam pegawai SCDF menggunakan jet air, lapor The Straits Times.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg