Premium
18.5 minit jawab 130 kuiz peribahasa
Murid Sekolah Rendah Loyang kalahkan lebih 340 untuk jadi juara
Aug 30, 2014 | 6:00 AM
DENGAN HADIAH KEMENANGAN: Nurul Janna Muhammad Muhiddin bergambar bersama Encik Mohd Noh Daipi selepas menerima hadiah kemenangan dalam peraduan yang dianjurkan Pusat Bahasa Melayu Singapura pada Rabu lalu. - Foto MOHD RAMAN DAUD -
NURUL Janna Muhammad Muhiddin dari Sekolah Rendah Loyang hanya memerlukan 18.5 minit untuk menjadi juara perseorangan soalan kuiz peribahasa yang menggunakan aplikasi pintar.
Kuiz 130 peribahasa untuk darjah tiga hingga enam itu anjuran Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) di Bishan Street 14.

