SEJUMLAH $1.9 juta telah dikumpul bagi menjayakan usaha #SGUnited Buka Puasa yang menyediakan buka puasa percuma bagi pekerja jagaan kesihatan dan keluarga susah.
Ini bermakna 63 peratus daripada sasaran $3 juta telah dikumpul bagi menyediakan 20,000 juadah berbuka puasa sehari, dan lagi $1.1 juta diperlukan.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Masagos Zulkifli Masagos Mohamad dalam satu catatan di Facebook berkata beliau terharu melihat mereka yang tampil membantu golongan memerlukan dan pekerja barisan hadapan menentang Covid-19.
"Ramai penduduk Singapura, tidak kira bangsa atau agama, yang menyumbang dengan ikhlas sama ada menjadi sukarelawan atau pun menderma, kepada pelbagai inisiatif seperti #SGUnited Buka Puasa.
"Sokongan anda, kecil atau besar sangat bermakna dan amat dialu-alukan kerana membawa keceriaan di bulan suci ini walau diselimuti suasana krisis Covid-19," kata Encik Masagos.
Sumbangan boleh dibuat di laman www.giving.sg/ rlafoundationsg/bukapuasafund.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg