Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

19 masjid tambah slot solat jemaah harian mulai 7 Oktober: Muis

Sep 30, 2020 | 4:35 PM
GANDAKAN SLOT SOLAT JEMAAH: Masjid Sultan adalah antara masjid yang akan menawarkan lebih banyak slot solat jemaah harian (dari 50 kepada 100) mulai 7 Oktober ini.- Foto BH oleh KELVIN CHNG
GANDAKAN SLOT SOLAT JEMAAH: Masjid Sultan adalah antara masjid yang akan menawarkan lebih banyak slot solat jemaah harian (dari 50 kepada 100) mulai 7 Oktober ini.- Foto BH oleh KELVIN CHNG -

LEBIH banyak slot bagi menunaikan solat harian secara berjemaah di masjid akan ditawarkan di 19 masjid serata negara mulai 7 Oktober.

Slot di masjid seperti Masjid Sultan dan Masjid Darul Ghufran akan digandakan ke 100 daripada 50 sebelum ini, kata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam sidang media maya pada Rabu (30 September).

Muis turut mengumumkan bahawa ia sedang merintis menempatkan hingga 250 jemaah dalam lima zon di masjid tertentu bagi solat Jumaat.

Ini bagi membolehkan Muis mencapai sasaran menambah ruang solat Jumaat ke 30,000 slot setiap minggu, berbanding 15,225 kini.

Secara keseluruhan, sekitar 85,000 jemaah telah menghadiri solat Jumaat sejak ia dibenarkan disambung.

Kelas madrasah sambilan aLIVE juga akan disambung secara progresif dengan beberapa masjid merintis kelas secara bersemuka mulai pertengahan Oktober.

Muis berkata ia menyasarkan lebih banyak kelas aLIVE secara fizikal di masjid untuk disambung pada 2021.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg