197 motosikal ditahan kerana asap berlebihan, bunyi bising
Premium
197 motosikal ditahan kerana asap berlebihan, bunyi bising
Mar 29, 2018 | 5:30 AM
DIKENAKAN TINDAKAN: Sebanyak 163 penunggang motosikal yang didaftar di negara asing telah ditahan ekoran pelepasan asap berlebihan dan bunyi bising. - Foto NEA -
AGENSI Sekitaran Kebangsaan (NEA) telah mengambil tindakan terhadap 197 penunggang motosikal kerana kesalahan berkaitan pelepasan asap dan bunyi bising dalam masa dua hari minggu ini.
Seramai 163 penunggang motosikal berdaftar di negara asing dikenakan tindakan kerana pelepasan bunyi bising yang berlebihan, manakala 34 ditahan kerana pelepasan asap berlebihan.

