Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 agensi keselamatan didakwa atas kesalahan arah pegawai kerja melebihi waktu

Oct 15, 2021 | 5:30 AM
7039c51b-0141-48e6-90e9-af5101203e0d
-

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah mendakwa dua agensi keselamatan swasta di bawah Akta Pekerjaan (EA) kerana mengarahkan pegawai keselamatan mereka supaya bekerja berlebihan masa.

Pegawai keselamatan daripada agensi Erawan Security Services Pte Ltd (Erawan Security) dan Volantra Security Pte Ltd (Volantra Security), didapati telah bekerja sehingga 20 jam sehari, dari satu syif ke satu syif yang lain beberapa kali antara Februari dengan Mac 2021.

Agensi Erawan menghadapi dua tuduhan manakala Volantra tiga tuduhan.

Mereka merupakan dua daripada 15 agensi keselamatan swasta yang telah dipantau MOM.

Di bawah undang-undang, agensi keselamatan swasta tidak seharusnya mengarahkan pegawai keselamatan mereka supaya bekerja melebihi 12 jam sehari, kecuali terdapat pengecualian.

Kedua-dua syarikat menghadapi denda sehingga $5,000 bagi setiap kesalahan dan denda sehingga $10,000 bagi kesalahan seterusnya atau hukuman penjara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg