Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 anak lelaki mantan Presiden Ong Teng Cheong bertikai dek perniagaan keluarga

Jul 2, 2021 | 5:30 AM
AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG: Encik Ong Tze Guan (kiri) telah mengambil tindakan undang-undang terhadap adiknya, Encik Ong Tze Boon (kanan) dan enam pemegang saham lain dalam syarikat perniagaan keluarga mereka bagi penindasan minoriti. - Foto-foto fail
AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG: Encik Ong Tze Guan (kiri) telah mengambil tindakan undang-undang terhadap adiknya, Encik Ong Tze Boon (kanan) dan enam pemegang saham lain dalam syarikat perniagaan keluarga mereka bagi penindasan minoriti. - Foto-foto fail -

DUA anak lelaki mantan Presiden Singapura, Encik Ong Teng Cheong, kini menghadapi pertikaian di mahkamah mengenai pegangan saham syarikat induk yang mengawal perniagaan keluarga mereka.

Encik Ong Tze Guan, yang memiliki saham sebanyak 28.45 peratus dalam Ong & Ong Holdings, telah mengambil tindakan undang-undang terhadap adiknya, Encik Ong Tze Boon dan enam pemegang saham lain bagi penindasan minoriti.

Tindakan itu, yang difailkan pada April lalu, kali pertama dilaporkan oleh akhbar bahasa Cina Lianhe Zaobao semalam.

Mendiang Ong Teng Cheong, yang menjadi presiden terpilih pertama Singapura dari 1993 hingga 1999, meninggal dunia pada 2002 pada usia 66 tahun.

Dalam pemfailan mahkamahnya, Tze Guan menuduh Tze Boon, yang memegang 70.43 peratus saham dalam perniagaan seni bina dan kejuruteraan keluarga itu, telah mengendalikan urusan kumpulan syarikat itu dengan cara yang menindas dan tidak adil terhadapnya.

Ini termasuk menyingkir Tze Guan sebagai pengarah daripada sembilan syarikat dalam kumpulan itu antara Jun 2018 dengan Januari 2019, serta ehwal kewangan lain.

Tze Guan meminta Mahkamah Tinggi untuk mengarah defendan untuk membeli bahagian sahamnya, pada harga yang dipersetujui atau pada harga yang ditentukan oleh pakar bebas.

Namun, Tze Boon dan defendan lain berpendapat tuduhan Tze Guan tidak berasas secara fakta dan dari segi undang-undang.

Tze Boon telah membuat tuntutan balas terhadap abangnya, dengan meminta pembayaran balik pinjaman peribadi tertunggak - termasuk wang bunga - yang telah diberikannya kepada Tze Guan dua dekad lalu.

Menurut kertas mahkamah, Tze Boon meminjamkan Tze Guan sejumlah $700,000 pada 2002 dan 2003. Tze Guan telah membayar balik $219,983.56.

Tze Boon juga telah membuat tuntutan balas terhadap Tze Guan bagi saman fitnah.

Beliau mendakwa bahawa pelbagai tuduhan penindasan minoriti yang dinyatakan dalam surat yang dihantar oleh peguam Tze Guan pada 21 April tahun lalu telah membawa kepada fitnah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg