Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 ejen hartanah didenda, pasar flat BTO sebelum tempoh 5 tahun

Oct 10, 2023 | 5:11 PM
LANGGAR ATURAN: Dua ejen hartanah didenda kerana memasarkan flat yang tidak memenuhi Tempoh Penginapan Minimum (MOP) lima tahun seperti yang disyaratkan HDB.
LANGGAR ATURAN: Dua ejen hartanah didenda kerana memasarkan flat yang tidak memenuhi Tempoh Penginapan Minimum (MOP) lima tahun seperti yang disyaratkan HDB. - Foto fail

Dua ejen hartanah telah didenda kerana memasarkan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tidak memenuhi Tempoh Penginapan Minimum (MOP) iaitu lima tahun.

Pada 18 Januari lalu, Cik Christina Au, didenda $1,000 dan ditegur oleh mahkamah kerana terlibat dalam memasarkan flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) di Yishun Street 51.

Pada Selasa pula, Cik Isabelle Loo, didenda $500 dan ditegur oleh mahkamah kerana memasarkan flat di 110A Depot Road.

Ini berdasarkan tindakan tatatertib yang diperincikan dalam daftar awam bagi ejen hartanah, lapor The Straits Times.

Dalam satu kenyataannya, Majlis Agensi Hartanah (CEA) berkata kedua-dua ejen hartanah itu telah melanggar Kod Etika dan Penjagaan Klien Secara Profesional kerana gagal mematuhi peraturan berkaitan flat HDB.

Ia tidak menamakan ejen tersebut atau agensi hartanah tempat mereka berkhidmat.

Kod tersebut menetapkan piawaian prestasi yang diperlukan bagi ejen dan jurujual hartanah semasa menjalankan tugas agensi hartanah, dan dalam urusan mereka dengan pelanggan serta orang ramai.

Berdasarkan daftar awam di laman web CEA, kedua-dua ejen tersebut berkhidmat dengan ERA Realty Network.

Menurut satu nota tatatertib di daftar tersebut, Cik Au telah cuba membantu dalam penjualan semula flat di Yishun itu walaupun mengetahui penjualnya tidak menginap di flat itu dan tidak memenuhi MOP.

Cik Loo pula telah mengadakan sesi melihat flat di Depot Road untuk bakal pembeli, walaupun para pemiliknya tidak layak menjual flat tersebut di pasaran terbuka pada waktu itu.

Ini kerana mereka tidak menginap di flat itu sepanjang tempoh MOP, menurut daftar itu.

Cik Au dan Cik Loo enggan mengulas mengenai kes tersebut.

CEA menambah bahawa terdapat dua lagi ejen hartanah lain, yang memasarkan flat HDB yang kelihatan kosong di Bukit Batok East Avenue 6 dan Henderson Road.

Bagaimanapun kedua-dua mereka didapati tidak melanggar kod etika tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg