DUA lelaki berusia 23 tahun didakwa kerana disyaki terlibat dalam kes pencurian motosikal.
Pihak polis telah menerima laporan kehilangan motosikal itu dari tempat letak kereta sepanjang Jurong West Street 93.
Melalui siasatan dan temu bual dengan penduduk di kawasan itu serta bantuan imej daripada kamera polis, para pegawai dari Divisyen Polis Jurong dan Divisyen Polis Clementi telah mengenal pasti identiti kedua-dua lelaki dan menangkap mereka dalam masa 11 jam selepas laporan tersebut.
Motosikal yang dicuri juga ditemui.
Kedua lelaki telah didakwa di mahkamah semalam dengan kecurian kenderaan bermotor dengan niat yang sama, di bawah Seksyen 377A yang dibaca dengan Seksyen 34 Kanun Jenayah 1871.
Kesalahan mencuri kenderaan bermotor boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan dikenakan denda.
Pihak polis menasihatkan semua pemilik kenderaan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan jenayah.
Pemilik kenderaan dinasihati agar meletakkan kenderaan di kawasan yang terang.
Pemilik juga dinasihati memasang sistem amaran anti kecurian dan pastikan ia berfungsi dengan baik.
Pemilik juga patut mengeluarkan kad tunai dan barangan berharga lain, seperti komputer riba dan telefon bimbit sebelum meninggalkan kenderaan.
Mereka juga diingatkan supaya tidak tinggalkan kunci kenderaan mereka atau rantai kunci dalam kenderaan.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg