Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 lelaki warga emas ditangkap kerana gaduh di Toa Payoh

Aug 3, 2018 | 11:17 AM
DITANGKAP: Dua lelaki warga emas ini, yang telah ditangkap polis, dilihat bergaduh menerusi satu video yang tular di media sosial.
DITANGKAP: Dua lelaki warga emas ini, yang telah ditangkap polis, dilihat bergaduh menerusi satu video yang tular di media sosial. - Foto FACEBOOK/PATRICK TAN

POLIS telah menangkap dua lelaki berusia 61 dan 64 tahun kerana disyaki terlibat dalam satu pergaduhan di Pusat Penjaja Toa Payoh di Lorong 8 Toa Payoh pada 26 Julai lalu.

Satu video yang menunjukkan mereka bergaduh tular di media sosial baru-baru ini.

Dalam video itu, salah seorang daripada mereka cuba menggunakan botol kaca semasa bergaduh tetapi kemudian menjatuhkannya sehingga ia pecah.

Sementara itu, dua lelaki lain dilihat cuba menahan mereka.

Menerusi satu kenyataan hari ini (3 Ogos), polis berkata pegawai Divisyen Polis Tanglin mengenal pasti kedua-dua lelaki tersebut hasil siasatan mereka dan berjaya menangkap suspek kelmarin.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg