Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 orang ditangkap dalam insiden dadah di Bukit Merah

Jan 2, 2020 | 3:55 PM
INSIDEN DADAH DI BUKIT MERAH: Pegawai Dart SCDF turut dikerah sebagai langkah berjaga-jaga.
INSIDEN DADAH DI BUKIT MERAH: Pegawai Dart SCDF turut dikerah sebagai langkah berjaga-jaga. - Foto MERVIN LOW

DUA orang telah ditangkap menyusuli satu kejadian melibatkan dadah di Jalan Bukit Merah pada Hari Tahun Baru semalam (1 Jan).

Akhbar The Straits Times melaporkan bahawa menurut polis, seorang wanita berusia 52 tahun ditangkap kerana disyaki mengambil dadah terkawal.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 55 tahun pula ditangkap kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang seorang kakitangan awam daripada menjalankan tugasnya.

Watch on YouTube

Polis dimaklumkan tentang kejadian di Blok 3 Jalan Bukit Merah itu pada 6.32 petang dan sedang menyiasat kes tersebut.

Difahamkan, salah seorang daripada suspek itu mengancam terjun dari blok berkenaan.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), yang dimaklumkan tentang kejadian tersebut sekitar 9 malam, menyediakan beg penyelamat udara manakala pegawai Pasukan Menyelamat dan Bantuan Bencana (Dart) SCDF pula dikerah sebagai langkah berjaga-jaga.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg