Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 pembantu rumah Indonesia antara 19 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19

Jun 16, 2021 | 11:35 PM
Dua pembantu rumah warga Indonesia merupakan antara 19 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 hari ini. - Foto fail
Dua pembantu rumah warga Indonesia merupakan antara 19 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 hari ini. - Foto fail -

DUA pembantu rumah warga Indonesia merupakan antara 19 kes baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 yang dilaporkan pada 16 Jun 2021.

Salah seorang daripada mereka ialah wanita berusia 47 tahun yang demam pada 15 Jun dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik perubatan umum (GP) di mana beliau melalui kedua-dua ujian pantas antigen (ART) dan ujian reaksi rantai polimerase (PCR).

Seorang lagi berusia 32 tahun yang demam pada 13 Jun lalu dan sakit tekak serta batuk-batuk pada 14 Jun, namun tidak mendapatkan rawatan.

Beliau diuji bagi Covid-19 pada 15 Jun sebagai sebahagian ujian pengawasan masyarakat bagi pengunjung ke blok 115 dan 116 Bukit Merah View.

Beliau juga telah mendapatkan rawatan di GP pada hari yang sama dan melalui ART dan PCR.

Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya berkata, terdapat 19 kes baru baru jangkitan dalam masyarakat Covid-19 yang dilaporkan hari ini, 16 daripadanya berkaitan dengan kes sebelum ini.

Tiada kes dilaporkan di dormitori pekerja migran, tetapi terdapat lima kes import yang kesemuanya sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN).

Antara kes import itu, dua merupakan warga Singapura yang pulang dari India dan Britain, sementara lagi tiga merupakan pemegang pas kerja dari Indonesia yang bekerja sebagai pembantu rumah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg