Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 penduduk tetap antara 5 kes Covid-19 import baru di S'pura

Sep 27, 2020 | 11:29 PM
Dua daripada lima kes import baru merupakan penduduk tetap di sini.
Dua daripada lima kes import baru merupakan penduduk tetap di sini. - KEVIN LIM

Dua daripada lima kes import Covid-19 yang diumumkan pada Ahad (27 Sep) merupakan penduduk tetap, sementara baki tiga adalah pemegang permit kerja, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Para penduduk tetap itu pulang ke Singapura dari India pada 15 September dan Jumaat lalu.

Pemegang permit kerja itu kini digajikan di Singapura dan tiba dari Indonesia dan Filipina pada 15 September, kata MOH.

Semuanya dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama 14 hari setibanya di Singapura dan diuji semasa menjalankan SHN di kemudahan khusus.

15 kes jangkitan koronavirus baru disahkan sehingga Ahad, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan di Singapura kepada 57,700 kes. Tiada kes dalam masyarakat dilaporkan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg