Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 PR S'pura antara 3 kes import Covid-19 baru

Nov 15, 2020 | 9:34 PM
-

Dua daripada tiga kes import Covid-19 baru yang dilaporkan hari ini (15 November) merupakan penduduk tetap (PR) Singapura yang mempunyai sejarah perjalanan dari India.

Kededua kes itu, lelaki berusia 61 tahun dan wanita berusia 18 tahun, tidak menunjukkan sebarang simptom, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH) pada Ahad malam (15 November).

Satu lagi kes import baru merupakan pemegang pas lawatan jangka pendek yang tiba di sini dari Italy.

Lelaki berusia 30 tahun itu bertugas sebagai seorang jurutera dalam satu projek di Singapura dan juga asimptomatik.

MOH berkata kesemua pesakit itu sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura dan diuji positif semasa menjalani SHN.

Sementara itu, lagi 10 pesakit telah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat manakala 41 kes masih di hospital.

Secara keseluruhan, 58,029 pesakit sudah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan dan dikeluarkan dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg