2 premis F&B diarah tutup, 15 individu didenda kerana langgar langkah urusan selamat Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 premis F&B diarah tutup, 15 individu didenda kerana langgar langkah urusan selamat Covid-19

Jan 6, 2021 | 5:41 PM

2 premis F&B diarah tutup, 15 individu didenda kerana langgar langkah urusan selamat Covid-19

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Meltz Resto-Bar di 24 Race Course Road, didapati melanggar beberapa langkah pengurusan selamat Covid-19 pada 31 Disember 2020, 9.25 malam. -
Meltz Resto-Bar di 24 Race Course Road, didapati melanggar beberapa langkah pengurusan selamat Covid-19 pada 31 Disember 2020, 9.25 malam. - - FOTO: STB

DUA perniagaan makanan dan minuman (F&B) telah diarah tutup, dan tiga lagi perniagaan serta 15 individu dikenakan denda kerana didapati melanggar langkah pengurusan selamat semasa pemeriksaan penguatkuasaan dipertingkat baru-baru ini.

Dua perniagaan yang diarah tutup itu ialah Meltz Resto-Bar di 24 Race Course Road, dan Club V5 Tycoon di 21 Cuscaden Road, Ming Arcade.

Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam kenyataannya pada Selasa (6 Jan) berkata kesalahan telah dilakukan di dua perniagaan itu pada 31 Disember lalu.

Meltz Resto-Bar didapati melakukan beberapa kesalahan, termasuk membolehkan kumpulan seramai 10 individu duduk bersama di satu meja, dan gagal melakukan pemeriksaan suhu dan melaksanakan SafeEntry bagi pelanggan.

Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah mengeluarkan arahan bagi perniagaan itu menutup premisnya selama 10 hari dari 1 hingga 10 Januari ini.

Club V5 Tycoon pula didapati telah membenarkan pelanggan minum minuman keras pada 11.15 malam.

Ia juga menerima arahan dari STB untuk menutup premisnya selama 10 hari dari 1 hingga 10 Januari ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg