Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 warga S'pura yang pulang dari Filipina antara 8 kes import Covid-19 baru: MOH

Oct 16, 2020 | 11:08 PM
KES IMPORT TERMASUK WARGA SINGAPURA: Dua warga Singapura yang pulang dari Filipina adalah antara lapan kes import Covid-19 yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (16 Oktober). - Foto BH oleh JASON QUAH
KES IMPORT TERMASUK WARGA SINGAPURA: Dua warga Singapura yang pulang dari Filipina adalah antara lapan kes import Covid-19 yang baru dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (16 Oktober). - Foto BH oleh JASON QUAH -

DUA warga Singapura merupakan antara lapan kes import Covid-19 yang baru dikenal pasti pada Jumaat (16 Oktober).

Kedua-duanya baru pulang dari Filipina, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Mereka adalah lelaki berusia 62 tahun dan remaja perempuan 19 tahun yang tidak menampakkan tanda jangkitan koronavirus.

MOH dalam kenyataannya pada Jumaat malam berkata empat kes import lain yang dikenal pasti pula adalah pemegang permit kerja dari Indonesia, Filipina dan Myanmar yang bertugas di Singapura.

Kesemua enam kes ini sudah diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di sini dan diuji positif sewaktu menjalani SHN.

Baki dua lagi kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek.

Salah seorangnya dibenarkan masuk ke Singapura dari India kerana beliau sudah menerima jagaan perubatan di sini dan kembali bagi rawatan lanjutan.

Beliau langsung digegaskan ke hospital dan diasingkan setibanya di Singapura sebelum menjalani ujian Covid-19.

Kes selanjutnya pula adalah anak kapal dari Indonesia yang telah menjalani ujian 'swab' di atas kapal selepas menampakkan tanda jangkitan.

Beliau terus berada di kapal itu hingga keputusan ujiannya mengesahkan dirinya positif Covid-19.

Kes ini kemudian dirujukkan ke hospital.

Sehingga 12 tengah hari Jumaat (16 Oktober), MOH mengesahkan satu kes baru jangkitan Covid-19 yang menetap di dormitori.

Beliau dikesan menerusi Ujian Rutin Yang Dijadualkan bagi pekerja di dormitori.

Ini membolehkan MOH mengesan kes lebih awal termasuk mereka yang tidak menampakkan tanda jangkitan.

Namun, tiada kes masyarakat dilaporkan.

Sementara itu, 20 kes sudah dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat.

Sebanyak 30 kes pula masih dirawat di hospital dengan kebanyakannya berada dalam keadaan mantap atau kian pulih.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg