Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

20 keluarga susah pelbagai agama dapat daging korban agihan Jamiyah

Feb 1, 2021 | 5:30 AM
BEKERJASAMA: (Dari kanan) Encik Mohd Fahmi Aliman dan naib presiden II Jamiyah, Encik Mohamed Yunos Mohamed Shariff, bersama para relawan mengagihkan daging korban di kawasan Geylang Serai kelmarin. - Foto JAMIYAH SINGAPURA
BEKERJASAMA: (Dari kanan) Encik Mohd Fahmi Aliman dan naib presiden II Jamiyah, Encik Mohamed Yunos Mohamed Shariff, bersama para relawan mengagihkan daging korban di kawasan Geylang Serai kelmarin. - Foto JAMIYAH SINGAPURA -

SERAMAI 20 keluarga memerlukan daripada pelbagai kaum dan agama telah menerima agihan daging korban kelmarin.

Daging yang diagih kepada keluarga yang tinggal di divisyen Geylang Serai dalam GRC Marine Parade itu sebahagian daripada pengagihan daging korban oleh Jamiyah Singapura.

Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga penasihat kepada pertubuhan akar umbi GRC itu, menyertai pengagihan kelmarin.

Mengalu-alukan usaha itu, Encik Fahmi berkata: "Inisiatif seperti pengagihan daging amat baik dan saya amat menyokongnya, terutama semasa Covid-19 ini, yang sukar dan tidak menentu sekarang.

"Saya amat menghargai kebaikan Jamiyah dalam menjalin kerjasama dengan kami di divisyen Geylang Serai untuk mengagih daging kepada keluarga itu."

Mengucapkan terima kasih kepada Jamiyah, beliau berkata: "Usaha ini akan menyatukan dua pasukan ini, selain memupuk semangat kesukarelawan dalam kalangan masyarakat untuk membantu keluarga memerlukan," tambahnya.

Sejak pengagihan daging korban pertama pada 8 Ogos lalu hingga kelmarin, Jamiyah telah mengadakan 10 sesi agihan di 12 kawasan undi, sekali gus mendekati lebih 3,500 keluarga.

Jamiyah mengatakan dalam satu kenyataannya agihan itu menyatukan rakan kongsi korporatnya dan masyarakat.

Di samping itu, sukarelawan daripada pelbagai latar belakang tampil membantu dalam pengagihan tersebut.

"Ia menawakan platform bagi kedua-dua pihak, Jamiyah dan sukarelawan kawasan undi, mendekati penerima, sekali gus memahami keperluan dan cabaran yang mereka hadapi setiap hari.

"Pengagihan daging ini bertujuan memberi kegembiraan kepada mereka yang kurang berkemampuan daripada pelbagai latar belakang dan membina masyarakat lebih inklusif," kata Jamiyah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg