20 kes jangkitan koronavirus Covid-19 baru telah dilaporkan di Singapura, sehingga tengahari tadi (26 Sep).

Ini menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan di negara ini kepada sebanyak 57,685, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).

Kes jangkitan baru itu termasuk satu pesakit masyarakat yang juga pemegang pas kerja di samping lima kes import yang sudah dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) setibanya di Singapura.

Lebih banyak butiran akan diberikan MOH malam nanti.