Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2018 tahun kelapan paling panas S'pura

Jan 15, 2019 | 4:37 PM
CUACA PANAS: Pengunjung ke Taman Merlion menggunakan payung dan botol air bagi menghadapi cuaca panas bulan lalu.
CUACA PANAS: Pengunjung ke Taman Merlion menggunakan payung dan botol air bagi menghadapi cuaca panas bulan lalu. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SINGAPURA mengalami tahun kelapan terpanasnya tahun lalu.

Sepanjang tahun lalu, suhu yang dicatat rata-ratanya lebih daripada suhu purata, dengan suhu tahunan purata mencapai 27.9 darjah Celsius.

Menurut Khidmat Kaji Cuaca Singapura (MSS) hari ini (15 Januari), ini adalah 0.2 darjah Celsius lebih tinggi berbanding suhu tahunan purata pada 2017, iaitu 27.7 darjah Celsius.

MSS menarik perhatian, Disember lalu merupakan bulan Disember kedua paling panas Singapura, dengan suhu bulanan purata 27.6 darjah Celsius, iaitu 0.1 darjah Celsius lebih rendah berbanding bulan Disember terpanas Singapura pada 2015, iaitu 27.7 darjah Celsius.

MSS berkata 10 tahun terpanas Singapura berlaku dalam tempoh 25 tahun lalu.

Malah, dekad yang lalu - antara 2009 dengan 2018 - juga merupakan dekad terpanas bagi Singapura dengan suhu purata 27.89 darjah Celsius.

MSS berkata ini menunjukkan trend pemanasan jangka panjang di Singapura.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg