Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

21,000 kunjungi rumah terbuka Istana sempena Aidilfitri, Hari Pekerja

May 1, 2023 | 8:30 PM
38b52577-f6ad-4bec-adcf-1ab747a4750d
-

SERAMAI 21,000 pengunjung menghadiri rumah terbuka di Istana dari 8.30 pagi hingga 6 petang pada Isnin sempena Hari Raya Aidilfitri dan Hari Pekerja. Bilangan itu adalah yang tertinggi dalam tempoh selepas pandemik Covid-19. Semasa rumah terbuka itu, pengunjung menyaksikan persembahan termasuk persembahan pancaragam, tarian dan dikir barat oleh kumpulan pelajar dari pelbagai sekolah dan institut pengajian tinggi. Pengunjung juga melawat Kolam Angsa yang telah dipertingkatkan dan baru dilancarkan Presiden Halimah Yacob pada awal April. Antara kemudahan baru di kolam itu termasuk platform tontonan baru. Turut hadir meraikan rumah terbuka itu adalah Puan Halimah (kiri) dan suaminya, Encik Mohammed Abdullah Alhabshee (sebelah kiri Puan Halimah) yang menyaksikan persembahan murid Sekolah Rendah Wellington bersama ribuan pengunjung lain. Pengunjung juga menyertai beberapa kegiatan lain seperti membentuk belon dan lukisan inai di kawasan khemah utama. Sebilangan pengunjung juga menyertai lawatan berpandu di Bangunan Utama Istana, yang membolehkan mereka melihat bilik-bilik di Istana dengan lebih dekat termasuk koleksi hadiah yang diberikan kepada pemimpin Singapura. - Foto MCI

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg