Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2,150 pelanggaran peraturan keselamatan di tempat kerja: MOM

Dec 17, 2021 | 5:30 AM
JALANKAN OPERASI PENGUATKUASAAN: Pegawai MOM melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan forklift di sebuah tapak kerja bagi memastikan ia tidak melanggar sebarang peraturan yang boleh membahayakan pekerja. - Foto MOM
JALANKAN OPERASI PENGUATKUASAAN: Pegawai MOM melakukan pemeriksaan terhadap sebuah kenderaan forklift di sebuah tapak kerja bagi memastikan ia tidak melanggar sebarang peraturan yang boleh membahayakan pekerja. - Foto MOM -

KEMENTERIAN Tenaga Manusia (MOM) telah menemui 2,150 pelanggaran peraturan dan mengeluarkan enam perintah berhenti kerja (SWO) kepada tempat kerja dalam satu operasi penguatkuasaan yang menyasarkan keselamatan kenderaan di tempat kerja.

Dalam catatannya di Facebook, kementerian itu berkata ia melancarkan operasi penguatkuasaan selama dua bulan dari Oktober dan November lalu.

Operasi tersebut memberi tumpuan kepada pengurusan lalu lintas dan pengendalian kenderaan atau peralatan di tempat kerja, menurut MOM.

Sejauh ini, MOM telah menjalankan pemeriksaan terhadap 730 tempat kerja dalam industri di mana bahaya trafik merupakan sesuatu yang biasa terjadi, seperti pengangkutan dan penyimpanan, perkilangan serta pembinaan.

Antara kesalahan utama termasuk kegagalan untuk mengurus dan mengawal akses kunci peralatan pengendalian bahan; kegagalan untuk menguruskan pergerakan kenderaan dan peralatan di tempat kerja dan kegagalan untuk memastikan penyelenggaraan kenderaan atau peralatan dengan betul.

"Kemalangan kenderaan terus menjadi salah satu penyumbang utama kematian di tempat kerja di Singapura sejak beberapa tahun yang lalu

"Keselamatan pekerja kami adalah amat penting, dan pelanggaran peraturan sedemikian boleh membahayakan keselamatan dan kesihatan pekerja kami," kata MOM.

Justeru, MOM juga mengingatkan majikan untuk memastikan penggunaan kenderaan dengan selamat di tempat kerja.

Ini termasuk; menjalankan penilaian risiko yang betul untuk menangani bahaya yang berkaitan dengan penggunaan kenderaan atau peralatan.

Mereka juga perlu menetapkan dan menguatkuasakan pelan pengurusan trafik yang betul, selain melakukan penyelenggaraan yang kerap dan betul bagi semua kenderaan dan peralatan.

Di samping itu, majikan juga perlu memastikan bahawa hanya pekerja yang terlatih dan bertauliah sahaja dibenarkan untuk mengendalikan kenderaan atau peralatan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg