Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

21,500 kerakyatan dan 33,400 PR baru diberi tahun lalu

Mar 3, 2022 | 5:30 AM
Anggota kontinjen Operation Lionheart (OLH) daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura bergambar bersama pegawai kanan Kedutaan Singapura di Turkey, dan kakitangan Singapore Airlines di Istanbul di Lapangan Terbang Istanbul. - Foto Kedutaan Singapura di Turkey
Anggota kontinjen Operation Lionheart (OLH) daripada Pasukan Pertahanan Awam Singapura bergambar bersama pegawai kanan Kedutaan Singapura di Turkey, dan kakitangan Singapore Airlines di Istanbul di Lapangan Terbang Istanbul. - Foto Kedutaan Singapura di Turkey -

PEMERINTAH memberi sekitar 21,500 kerakyatan baru tahun lalu, termasuk bagi 1,200 kanak-kanak yang lahir di luar negara kepada ibu bapa warga Singapura.

Sekitar 33,400 status Penduduk Tetap (PR) baru turut diberi tahun lalu.

Menyatakan demikian dalam perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, berkata bilangan itu serupa tahap sebelum pandemik Covid-19, dan lebih tinggi berbanding pada 2020 disebabkan pelonggaran sekatan perjalanan dan langkah pengurusan selamat yang sebelumnya memperlahankan proses permohonan kerakyatan atau PR secara bersemuka.

"Untuk menyederhanakan kesan kadar kelahiran rendah dan penuaan, kami menerima bilangan warga dan PR baru yang dikawal dengan teliti setiap tahun.

"Kami memilih siapa yang kami berikan PR dan seterusnya, kewarganegaraan," kata Cik Indranee ketika mengongsi strategi pemerintah dalam membina penduduk lebih berdaya tahan di Singapura.

"Ramai pendatang baru kita mengongsi ikatan keluarga dengan warga Singpaura manakala yang lain telah belajar, bekerja, atau tinggal di sini buat beberapa waktu," tambahnya.

Menurut Cik Indranee, semasa COS tahun lalu beliau menerangkan beberapa ribu pemohon yang diberi kelulusan secara prinsip pada 2020 tidak dapat menyelesaikan proses yang diperlukan untuk diberi PR atau kerakyatan.

Pemohon ini kemudian diberikan PR atau kerakyatan tahun lalu dan menambah kepada jumlah tahun itu.

Bagaimanapun, jumlah kerakyatan yang diberi tahun lalu kekal sedikit rendah daripada paras sebelum pandemik, kata Cik Indranee.

Ini kerana mereka yang diberikan kerakyatan Singapura mesti terlebih dahulu melepaskan kewarganegaraan asing mereka.

Dalam beberapa kes, ini mengambil masa lebih lama dari biasa disebabkan langkah berkaitan Covid-19.

"Kami akan terus memastikan dasar imigrasi kita kekal relevan dengan keperluan kita, dan memastikan kadar imigrasi kekal berhati-hati dan stabil,"ujarnya.

Sementara itu, sedang pemerintah terus komited untuk menyokong warga merebut peluang baru di pelbagai peringkat kerjaya mereka, Singapura tidak mempunyai tenaga kerja tempatan mencukupi untuk memenuhi keperluan perniagaan, kata Cik Indranee.

Beliau menekankan bahawa Singapura perlu kekal terbuka kepada bakat pelengkap dari luar negara yang membawa masuk kepakaran, rangkaian dan kemahiran berharga.

"Mereka boleh menyumbang kepada pembangunan sektor baru muncul di mana kita memerlukan lebih banyak masa untuk mengembangkan keupayaan tempatan.

"Sedang keperluan ekonomi kita berkembang, kita harus memastikan kesalinglengkapan dan keseimbangan tepat antara tenaga kerja tempatan dan asing," katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg