Topik diikuti
Pergi ke BHku22 belia Singapura tanding kemahiran di persada dunia
22 belia Singapura tanding kemahiran di persada dunia
22 belia Singapura tanding kemahiran di persada dunia
INGIN RAIH PINGAT BUAT SINGAPURA: Encik Heng (dua dari kanan) memberikan ucapan selamat kepada (dari kiri) Cik Farisha dan Encik Muhammad Miqdad yang akan bertanding di 'Olimpik Kemahiran' di Sao Paulo, Brazil. - Foto TUKIMAN WARJI -
Jul 30, 2015 | 5:30 AM
SERAMAI 22 belia - daripada ITE dan Politeknik Singapura, Temasek, Nanyang dan Republic - akan merangkumi Team Singapore bagi mewakili negara ini dalam satu pertandingan kemahiran sedunia.
Pertandingan dwitahunan WorldSkills Competition (WSC) yang akan berlangsung di Brazil dari 11 hingga 16 Ogos ini turut dikenali sebagai pertandingan 'Olimpik Kemahiran' dengan 1,230 belia dari 60 negara seluruh dunia akan bersaing dalam pelbagai kemahiran termasuk terapi kecantikan, memasak, rekaan laman web, robotik, penyenggaraan kapal terbang, mekatronik dan sebagainya.
