Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

23 kedai F&B didapati langgar aturan selamat Covid-19

Sep 15, 2020 | 9:24 PM
Kedai F&B di kawasan pusat bandar (CBD) gagal melaksanakan langkah pengurusan selamat, di mana pelanggan harus dipisahkan dengan jarak minimum satu meter.
Kedai F&B di kawasan pusat bandar (CBD) gagal melaksanakan langkah pengurusan selamat, di mana pelanggan harus dipisahkan dengan jarak minimum satu meter. - URA

SEBANYAK 23 kedai makanan dan minuman (F&B) didapati melanggar peraturan pengurusan selamat Covid-19 semasa pemeriksaan yang dipertingkat oleh agensi pemerintah pada hujung minggu lalu. Kebanyakan kesalahan itu melibatkan kumpulan lebih lima orang duduk bersama di satu meja atau bergaul antara satu meja dengan meja lain serta menghidangkan dan meminum arak selepas 10.30 malam, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan pada Selasa (15 September). Sebanyak 149 kedai F&B di tempat popular juga diperiksa hujung minggu lalu, dengan pegawai polis turut terlibat dalam pemeriksaan itu. Agensi pemerintah lain yang terlibat dalam pemeriksaan penguatkuasaan yang dipertingkat itu termasuk Lembaga Taman Negara (NParks), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Agensi Makanan Singapura (SFA), Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA). Pemeriksaan dipertingkat itu dijalankan di samping pemeriksaan rutin yang dijalankan agensi pemerintah setiap hari di kedai F&B, termasuk kedai kopi dan pusat penjaja di serata Singapura. Secara keseluruhan, lebih 3,000 pemeriksaan dijalankan di kedai F&B pada hujung minggu lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg