Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

$2 juta masih diperlukan bagi #SGunited Buka Puasa

Apr 26, 2020 | 11:32 AM
MENYINGSING LENGAN: Seorang relawan membantu mengagihkan makanan untuk berbuka puasa di salah sebuah Kelab Masyarakat di sini.
MENYINGSING LENGAN: Seorang relawan membantu mengagihkan makanan untuk berbuka puasa di salah sebuah Kelab Masyarakat di sini. - - Foto FACEBOOK/Masagos Zulkifli

SEKITAR $2 juta masih lagi diperlukan Yayasan Rahmatan Lil' Alamin (RLAF) bagi menampung kos inisiatif #SGunited Buka Puasa, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Ini meskipun setelah Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menyumbangkan $1 juta dan hampir $400,000 telah terkumpul hasil derma ikhlas dan sokongan kuat daripada para sukarelawan dan peniaga Melayu/Islam untuk menampung kos inisiatif mulia itu.

Dalam satu catatan Facebook hari ini (26 April), Encik Masagos menjelaskan dana yang diperolehi masih belum mencukupi setelah lebih ramai yang kini tampil untuk meminta bantuan.

"Saya menyeru agar masyarakat kita menghulurkan dana bagi menyokong inisiatif ini. Anda boleh menderma di tinyurl.com/bukapuasasg. Marilah kita teruskan amal jariah dan meraih barakah dalam bulan yang suci ini," ujarnya.

Menurut Encik Masagos, lebih dari 15,000 paket makanan telah diagihkan kepada golongan yang memerlukan serta pekerja barisan hadapan di serata Singapura sejak dua hari lalu.

Sementara itu, Muis juga akan mengagihkan 10,200 juadah berbuka puasa ke 4,000 rumah penerima zakat setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg