Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

250 hadir acara ‘Brunch with Mendaki’, dengar panduan sokong aspirasi anak

Nov 5, 2023 | 10:16 PM
(Dari kiri) Cik Natasha Faisal, Cik Nur Sabariah Ibrahim, Dr Wan Rizal dan Cik Nura J di acara ‘Brunch with Mendaki’ di Pusat Konvensyen Suntec City pada Sabtu.
(Dari kiri) Cik Natasha Faisal, Cik Nur Sabariah Ibrahim, Dr Wan Rizal dan Cik Nura J di acara ‘Brunch with Mendaki’ di Pusat Konvensyen Suntec City pada Sabtu. - Foto YAYASAN MENDAKI

Sekitar 250 orang menghadiri acara ‘Brunch with Mendaki’ pada Sabtu yang mengongsi panduan kepada ibu bapa mengenai cara menyokong aspirasi anak-anak mereka.

Acara anjuran Yayasan Mendaki di Pusat Konvensyen Suntec City itu turut dihadiri Anggota Parlimen GRC Jalan Besar, Dr Wan Rizal Wan Zakariah.

Peserta telah berpeluang mendengar dialog panel bertajuk ‘Keibubapaan Berjaya: Membayangkan Laluan Masa Depan Anak’.

Panel itu terdiri daripada Dr Wan Rizal; Pengetua Sekolah Rendah Yew Tee, Cik Nur Sabariah Ibrahim; usahawan Cik Nura J; dan deejay Mediacorp 98.7, Cik Natasha Faisal, sebagai moderator.

Di samping itu, peserta berpeluang mencedok pengalaman daripada seramai 20 karyawan daripada rangkaian profesional Mendaki dari sektor pertumbuhan seperti teknologi, kejuruteraan, perbankan dan kewangan.

Peserta berpeluang berinteraksi dan mendengar pengalaman daripada karyawan daripada rangkaian profesional Mendaki dari sektor pertumbuhan seperti teknologi, kejuruteraan, perbankan dan kewangan.
Peserta berpeluang berinteraksi dan mendengar pengalaman daripada karyawan daripada rangkaian profesional Mendaki dari sektor pertumbuhan seperti teknologi, kejuruteraan, perbankan dan kewangan. - Foto YAYASAN MENDAKI
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg