Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

259 individu disiasat jadi 'keldai wang'

Jan 29, 2022 | 5:30 AM
HILANG SABAR: Allan Chua Kim Wee (gambar) dikatakan menggunakan bahu kanannya untuk menghentak badan Ng Sioh Leng, 74 tahun, yang jatuh ke belakang dan kepalanya terhantuk ke lantai. - Foto fail
HILANG SABAR: Allan Chua Kim Wee (gambar) dikatakan menggunakan bahu kanannya untuk menghentak badan Ng Sioh Leng, 74 tahun, yang jatuh ke belakang dan kepalanya terhantuk ke lantai. - Foto fail -

POLIS sedang menyiasat 259 individu yang didakwa terlibat dalam kes penipuan atau telah memainkan peranan sebagai keldai wang.

Dalam satu kenyataan semalam, polis berkata individu-individu berkenaan dipercayai terlibat dalam lebih 654 kes di mana mangsa dikatakan telah kerugian lebih $5.9 juta.

Kes-kes itu melibatkan pelbagai jenis kes penipuan.

Ini termasuk penipuan Cinta dalam Internet, perdagangan elektronik, penyamaran media sosial dan pegawai pemerintah atau dari China, penipuan pelaburan, pinjaman wang, sokongan teknikal, pancingan data dan penipuan tawaran pekerjaan.

Suspek merangkumi 170 lelaki dan 89 wanita, berusia antara 16 dengan 80 tahun.

Pegawai Jabatan Ehwal Komersial (CAD) dan tujuh lagi pegawai daripada divisyen darat telah melaksanakan operasi selama dua minggu dari 14 Januari hingga kelmarin.

Suspek disiasat atas kesalahan berkait penipuan, pemiutang wang secara haram atau tawarkan khidmat pembayaran tanpa lesen.

Pesalah boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan didenda jika disabit bersalah atas kesalahan itu.

Mereka yang disabit kesalahan pemiutang wang haram boleh dijel sehingga 10 tahun, didenda sehingga $500,000 atau kedua-duanya.

Kesalahan mengendali perniagaan yang menawarkan khidmat pembayaran tanpa lesen pula membawa denda sehingga $125,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

"Polis memandang serius terhadap sebarang individu yang terlibat dalam penipuan dan pesalah akan hadapi hukuman undang-undang," tegas polis.

Kes penipuan menjadi keprihatinan orang ramai setelah sekurang-kurangnya $8.5 juta daripada hampir 470 pelanggan Bank OCBC dicuri oleh penipu tahun lalu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg