Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

26 pelajar Madrasah Aljunied sertai program IB

Mar 8, 2019 | 2:37 PM
PROGRAM IB DI MADRASAH: Madrasah Aljunied menerima kumpulan pelajar pertamanya yang menyertai Program Diploma International Baccaulaureate (IBDP) baru-baru ini.
PROGRAM IB DI MADRASAH: Madrasah Aljunied menerima kumpulan pelajar pertamanya yang menyertai Program Diploma International Baccaulaureate (IBDP) baru-baru ini. - Foto FAIL THE STRAITS TIMES

SERAMAI 26 pelajar di Madrasah Aljunied menjadi kohort pertama pelajar yang menyertai Program Diploma International Baccaulaureate (IBDP) baru-baru ini.

Mengumumkan demikian hari ini (8 Mac), Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata program itu bertujuan melengkapi asatizah masa depan dengan pengetahuan dan kemahiran yang lebih luas, demi membimbing masyarakat selanjutnya.

Di samping itu, Encik Masagos juga berkata Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) telah menjalin kerjasama rapat dengan Madrasah Wak Tanjong dan Lembaga Pentadbir Madrasah Wak Tanjong yang baru untuk melaksanakan Pakej Bantuan Menyeluruh demi mengukuhkan pentadbiran dan program pendidikannya dan juga memberi perspektif yang pelbagai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg