Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

26 tempat awam dilawati pesakit Covid-19 TTSH jalani pembersihan

May 5, 2021 | 5:30 AM
d2889597-7092-4aca-9183-f80fae80b19d
-

SEKITAR 26 tempat awam yang dilawati pesakit Covid-19 yang berkaitan dengan kelompok Hospital Tan Tock Seng Hospital (TTSH) telah menjalani pembersihan menyeluruh dan pembasmian kuman.

Para pegawai Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) ditugaskan memantau kerja-kerja pembersihan itu bagi memastikan ia dijalankan mengikut garis panduan NEA, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) dalam satu kenyataan.

MSE berkata bahawa empat cawangan makanan dan minuman telah diarahkan supaya ditutup menyusuli pemeriksaan penguatkuasaan yang dipertingkatkan oleh pihak berkuasa pada hujung minggu.

Mereka adalah Club Peaches, Alive @ SG Pub, Tangmen Restaurant dan Club Empire.

Kesemua tempat, kecuali Club Empire, adalah pesalah berulang dan kesemua terletak di Orchard Road.

Ini adalah kali kedua ketiga-tiga pesalah berulang telah diarahkan ditutup.

Kesemuanya telah melanggar peraturan Covid-19 seperti membenarkan pelanggan bercampur gaul dan menjual arak selepas 10.30 malam.

11 individu telah didenda pada hujung minggu lalu kerana melanggar langkah jarak selamat di cawangan-cawangan F&B.

Sembilan daripada mereka itu telah melakukan kesalahan mereka di Club Peaches.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg