Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

262,000 pelawat lintas sempadan darat pada hujung minggu pertama Jun

Jumlah tertinggi sejak ia dibuka semula pada 1 Apr; trafik sesak dijangka sepanjang cuti sekolah
Jun 9, 2022 | 5:30 AM
KESESAKAN DIJANGKAKAN: ICA berkata bahawa ia menjangkakan trafik sesak yang berterusan sepanjang Jun sehingga penggal sekolah bermula pada 27 Jun 2022. - Foto fail
KESESAKAN DIJANGKAKAN: ICA berkata bahawa ia menjangkakan trafik sesak yang berterusan sepanjang Jun sehingga penggal sekolah bermula pada 27 Jun 2022. - Foto fail -

SERAMAI 262,000 pelawat telah melintasi pusat pemeriksaan darat antara 3 hingga 5 Jun, yang kebetulan merupakan permulaan cuti sekolah Jun.

Ia merupakan jumlah tertinggi sejak pusat pemeriksaan sempadan darat dibuka semula pada 1 April, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Ia mengatakan bahawa trafik sesak dijangka berterusan sepanjang Jun sehingga penggal sekolah bermula pada 27 Jun 2022.

Menurut ICA, jumlah pelawat yang melintas sempadan melalui sempadan darat ini telah meningkat secara berterusan.

Cuti hujung minggu Good Friday telah menyaksikan jumlah purata harian kira-kira 149,000 pelawat setiap hari yang melintas sempadan melalui pusat pemeriksaan darat.

Jumlah tersebut terus meningkat kepada 224,000 pelancong setiap hari pada hujung minggu Hari Vesak.

"Oleh itu, pelawat boleh menjangkakan kelewatan semasa tempoh ini dan dinasihatkan untuk menyesuaikan rancangan perjalanan mereka, jika boleh, untuk mengelak daripada terperangkap dalam kesesakan lalu lintas," kata ICA.

Mereka yang merancang untuk merentas sempadan melalui pusat pemeriksaan darat dinasihatkan untuk mengambil kira masa tambahan bagi pelepasan imigresen dan elakkan waktu kesesakan.

Semasa puncak cuti sekolah Jun pada 2019, pelawat yang berlepas dan tiba dengan kereta melalui pusat pemeriksaan darat terpaksa menunggu hampir dua setengah jam sebelum mereka melepasi imigresen.

Jabatan Imigresen Malaysia sudah memulakan kerja-kerja naik taraf bagi pusat imigresen ketibaan kereta di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) sejak 6 Jun lalu.

Sepanjang tempoh ini, kaunter-kaunter yang sedang menjalani peningkatan tidak akan beroperasi.

Sebelum memulakan perjalanan, ICA menasihatkan pemandu untuk memeriksa keadaan trafik di pusat pemeriksaan darat melalui laman web Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), One Motoring atau melalui Sistem Pengawasan dan Maklumat Ekspreswe (EMAS) yang dipasang di sepanjang BKE dan AYE.

Pemandu kenderaan juga boleh menyemak akaun media sosial ICA di Facebook dan Twitter untuk maklumat terkini tentang keadaan trafik di kedua-dua pusat pemeriksaan darat.

ICA turut menambah bahawa ia akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memudahkan pelepasan imigresen tanpa menjejaskan keselamatan.

"Pegawai di pusat pemeriksaan kami memantau keadaan trafik lalu lintas secara langsung, untuk memastikan sumber yang dikerahkan adalah optimum.

"Kami juga bekerjasama dengan Polis Trafik untuk memastikan disiplin jalan raya di persimpangan kritikal menuju ke pusat pemeriksaan tanah.

Kami mencari pemahaman dan kerjasama pelancong untuk mematuhi peraturan lalu lintas, mengekalkan disiplin lorong dan bekerjasama dengan pegawai di sana semasa menggunakan pusat pemeriksaan darat," ujar ICA.

MASA UNTUK DIELAKKAN

BERLEPAS DARI SINGAPURA

n Jumaat (10, 17 dan 24 Jun) - 6 petang hingga 11.59 malam

n Sabtu (11, 18 dan 25 Jun) - 6 pagi hingga 9 pagi; dan 9 malam hingga 11.59 malam

n Ahad (12, 19 dan 26 Jun) - 6 pagi hingga 8 pagi

KETIBAAN KE SINGAPURA

n Hari bekerja hingga 24 Jun - 10 malam hingga 11.59 malam

n Sabtu (11, 18 dan 25 Jun) - 9 malam hingga 11.59 malam

n Ahad (12, 19 dan 26 Jun) - 6 petang hingga 11.59 malam

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg