Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

29 pertubuhan terima Anugerah Hari Pekerja 2020

May 16, 2020 | 8:00 PM
Encik Ng berinteraksi dengan kakitangan di Taman Burung Jurong semasa mengadakan kunjungan ke sana pada 24 Februari 2020.
Encik Ng berinteraksi dengan kakitangan di Taman Burung Jurong semasa mengadakan kunjungan ke sana pada 24 Februari 2020. - FAIL ST

Sebanyak 29 pertubuhan setempat, termasuk Taman Burung Jurong, SingHealth Polyclinics dan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB) menerima Anugerah Hari Pekerja tahun ini, yang mengiktiraf sumbangan mereka dalam mempertingkat gaji, kebajikan dan laluan kerjaya pekerja.

Dalam kenyataannya pada Sabtu (16 Mei) Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) berkata pertubuhan-pertubuhan ini 'terus memperjuangkan kepentingan pekerja dalam tempoh mencabar pada masa ini."

Menulis di Facebook, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata:

"Hari Pekerja tahun ini tidak seperti yang lain. Tapi apa yang tidak berubah ialah pekerja terus menjadi keutamaan kami di NTUC... kami mahu mengiktiraf penerima Anugerah Hari Pekerja 2020 yang berkongsi komitmen yang sama ini dan mengutamakan usaha mempertingkat gaji, kebajikan dan laluan kerjaya pekerja."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg