Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 banduan baru dan seorang jururawat di Penjara Changi dijangkiti Covid-19

May 30, 2020 | 11:51 AM
DIASINGKAN: Banduan baru di Kompleks Penjara Changi kini akan diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan Covid-19.
DIASINGKAN: Banduan baru di Kompleks Penjara Changi kini akan diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan Covid-19. - - Foto fail

TIGA banduan yang baru dimasukkan ke penjara dan seorang jururawat yang bertugas di Kompleks Penjara Changi telah disahkan dijangkiti Covid-19 semalam (29 Mei). Keempat-empat mereka tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain dan tiada kes jangkitan selanjutnya yang timbul daripada kes ini, kata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) menerusi satu kenyataan hari ini (30 Mei). Tiga banduan itu baru dimasukkan ke penjara dan masih menjalani pengasingan kohort semasa diuji positif dijangkiti koronavirus itu menyusuli ujian swab yang dilakukan. Mereka segera diasingkan daripada banduan baru lain dan ditempatkan di sebuah kemudahan penjara yang berasingan. Dua daripada banduan itu telah pulih dan dibenarkan keluar dari kemudahan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi banduan kini dalam keadaan sihat dan diuji negatif bagi virus itu, namun terus diasingkan sebagai langkah berjaga-jaga. Jururawat daripada penyedia khidmat perubatan SPS yang dijangkiti itu juga telah pulih dan kembali bertugas. SPS berkata mereka telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi kedua-dua banduan dan kakitangan mereka, termasuk memisahkan semua banduan yang baru dimasukkan ke Penjara Changi daripada banduan lain selama 14 hari.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg