Premium
3 beradik serentak raih ijazah NTU
Keluarga amalkan budaya berjimat, hidup sederhana demi pendidikan
Oct 2, 2016 | 5:30 AM
KEJAYAAN TIGA DALAM SATU: Encik Mohd Zakee Chemat (duduk, kiri) dan Cik Latifah Ahmad (duduk, kanan) dilambung kegembiraan berganda kerana ketiga-tiga anak mereka - (dari kiri) Encik Muhammad Hafiz, Encik Muhammad Hairul Izwan dan Cik Siti Nur Amira - berjaya merangkul ijazah sarjana muda daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) serentak tahun ini. - Foto TUKIMAN WARJI -
Berikut laporan ke-14 siri Keluarga Bestari yang menonjolkan keluarga cemerlang dalam pelbagai bidang. Laporan kali ini mengimbas pencapaian keluarga Encik Mohd Zakee Chemat dan Cik Latifah Ahmad, dengan ketiga-tiga anak lulus serentak daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tahun ini. Siri ditaja Yayasan Mendaki. Ikuti laporan NAZRY MOKHTAR (nazry@sph.com.sg).
WALAU sudah bekerja, Encik Muhammad Hairul Izwan dan adik-adiknya masih membawa bekal makanan ke pejabat.

